Wednesday 11 September 2013

Harga Minyak RON 97 Naik 15 sen (RM2.85) Bermula Tengah Malam Ini!!



Harga minyak RON 97 naik : Kali ini tiada khabar angin yang berlegar sejak daripada awal pagi. Tiada apa yang perlu dinafikan dari pihak kerajaan. Semuanya berjalan dengan baik dan tanpa sebarang masalah dan kekeliruan di mana baru sebentar tadi presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng telah mengesahkannya.
·         Harga minyak RON 97 naik 15 sen menjadikan kenaikan kepada RM2.85, berbanding RM2.70 sebelum ini
·         Harga minyak RON 97 kebiasaanya dinaikkan atas nama ”apungan terurus” berdasarkan harga pasaran minyak dunia
·         Dan harga minyak RON 97 tidak diberikan subsidi langsung.
P/S : Ada perkara menarik yang yang Berita Semasa perolehi disebalik pengumuman harga minyak RON 97 naik kali ini berbanding harga minyak RON 95 naik 20 sen .(Berita Semasa akan kongsikannya kelak dalam laporan Berita Semasa yang seterusnya. Walaubagaimanapun, setakat ini apa respon anda di sebalik kenaikan harga minyak RON 97 yang bermula tengah malam ini?











No comments:

Post a Comment