Wednesday 11 September 2013

Hutang Negara Malaysia Terkini Bernilai RM622.022 Bilion. Kewangan Kerajaan Tenat!!



 
Sumber : The Economist
Hutang negara Malaysia terkini : Bukan tidak cakap, dah cakap. Bukan tidak prihatin dengan masalah negara, tetapi malangnya masing-masing yang berkuasa tidak bersedia untuk muhasabah diri untuk memperbaiki diri.
Daripada tahun lepas lagi, Berita Semasa telah kongsikan amaran awal daripada Fitch Rating & Standard & Poor’s (KLIK SINI) tentang masalah boros berbelanja dan pengurusan kewangan negara yang tidak baik sehingga menyebabkan hutang kerajaan Malaysia terus melambung tinggi tidak setanding dengan pulangan pendapatan yang dinikmati negara. Akhirnya negara terus membentangkan bajet defisit setiap tahun. Nah……
·         Kurangnya kemajuan dalam reformasi kerajaan bagi menangani defisit fiskal
·         Akhirnya, Penarafan prospek negara kini dinilai sebagai “negatif” oleh agensi penarafan Fitch Rating.
Amaran sudah diberikan, tetapi tetap tiada daya usaha untuk berubah di pihak atasan, hanya rakyat diminta untuk merubah cara hidup.  Anda boleh baca semula laporan yang Berita Semasa keluarkan mengenai amaran awal Fitch Rating, Standard & Poor’s serta Moody Investor Service

Hutang Negara Malaysia Terkini : Penarafan “Negatif” oleh Agensi Penarafan Fitch Rating.
·         Sebuah negara yang bernama Malaysia yang terkenal dengan kekayaan sumber alam tiba-tiba mahu melakukan langkah penjimatan secara drastik. Mesti ada sebabnya?
·         Malangnya setiap kali negara dilanda masalah kewangan, kebanyakan kesannya banyak dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah dan golongan pertengahan
Hutang Negara Malaysia Terkini : Kesan Rantaian Kenaikan Kos Bahanapi

 
Hakikatnya, status kewangan negara yang sedang berdepan krisis ditambah dengan hutang kerajaan Malaysia terkini terus melonjak tinggi. Kehidupan rakyat Malaysia yang diibaratkan tinggal di “syurga” bernama Malaysia selama ini akhirnya ditarik kenikmatan sedikit. Dan inilah realiti yang perlu rakyat Malaysia hadapi sekarang.
Baru kelmarin diumumkan kenaikan harga minyak RON 95 & minyak diesel sebanyak 20 sen, sudah ada perkhabaran kurang baik yang sudah dijangkakan pun sebenarnya di amna tambang bas bakal naik, tarif elektrik akan naik dan semestinya harga barang keperluan di luar sana.
Sejurus daripada pengumuman kenaikan harga minyak RON 95 & diesel, kenaikan kos sara hidup rakyat Malaysia inflasi negara akan terus melonjak kepada 2.3& (kenaikan sekitar 0.3%)
Dengan faktor seperti :
1.      Pertumbuhan ekonomi yang agak perlahan di China
2.      Ketidakstabilan negara-negara Timur Tengah
3.      Kelemahan nilai ringgi Malaysia
4.      Belanja, belanja dan terus berbelanja mewah serta korupsi sehingga tidak mengendahkan kesan yang perlu dihadapi rakyat Malaysia atas nama survival politik masing-masing
5.      Nilai eksport komoditi utama mula jatuh dengan ketara sehingga menyebabkan pulangan cukai kepada kerajaan kian menyusut
Semua di atas adalah antara resipi lengkap yang membawa bencana kepada ekonomi Malaysia sekarang ini. Nah…sekarang rakyat Malaysia perlu menanggung kesan daripada kewangan negara yang “tenat” ketika ini dengan hutang kerajaan Malaysia terkini, bermula daripada sekarang. Apa respon balas anda pula?

No comments:

Post a Comment