Harga Rumah Naik 10% (RM15,000). Kos Bahan Binaan Melonjak Selepas Minyak Naik 20 Sen!
Harga
rumah naik 10 peratus : Kenaikan harga minyak tidak boleh dibuat main. Sifat
rantaiannya cukup pantas bertindak balas. Dengan hanya pengumuman minyak 20 sen
sahaja. Tindak balasnya cukup hebat. Samada rakyat Malaysia terutamanya
golongan berpendapatan rendah dan serdahana, satu demi satu kenaikan harga
barang dan terbaru harga rumah diumumkan naik 10%….
Faktor Harga Rumah Naik 10%?
·
Peningkatan harga minyak 20 sen
·
Kos bahan binaan meningkat
·
Kekurangan jumlah tenaga kerja asing
·
Kontraktor & pemaju tidak mahu
mengurangkan margin keutnungan mereka antara 70% – 100% yang mana akhirnya
diletakkan beban kepada anda, anda semua di sini yang merupakan bakal pelanggan
mereka
Hakikatnya,
pengumuman harga minyak naik sehingga 20 sen telah menyebabkan rangkaian
bekalan melibatkan lebih 100 jenis perniagaan terjejas. Pemaju akan menaikkan
sekurang-kurangnya harga rumah sebanyak 10%.
·
Harga minyak naik 20 sen
·
Harga rumah naik sekitar RM15,000
dan ke atas
Bermakna
di sini nilai kenaikannya berkemungkinan boleh lebih daripada angka tersebut.
Tiada yang mustahil. Apabila sudah naik harga barang dan harga rumah, adakah
rakyat Malaysia berpeluang melihat nilainya jatuh? Sangat mustahil…..
1.
Bermakna, jikalau harga rumah
sekitar RM150,000 sebuah melibatkan teres setingkat contoh di beberapa bandar
terpilih pada asalnya, bakal menjadikan harga rumah kepada RM165,000. Nampak
impaknya?
2.
Bagaimana pula harga rumah di
bandar-bandar besar? Jikalau harga rumah RM300,000, ia bakal menjadi RM330,000.
RM30,000 adalah berdasarkan nilai kenaikan harga rumah 10% yang diumumkan. Itu
belum termausk lagi harga rumah melibatkan nilai RM400,000, RM500,000,
RM700,000. Berapa pula kenaikannya?
3.
Ini semua adalah impak NILAI sebenarnya dek kerana pengumuman harga
minyak 20 sen baru-baru ini
Bagi
Berita Semasa, ini merupakan antara berita paling sedih dan ememritkan kepada
kalangan rakyat Malaysia yang terus berkira-kira untuk memiliki rumah idaman
sendiri.
No comments:
Post a Comment